Wednesday, 13 April 2016

Tutorial Purdah


First , sediakan bahan-bahan . kain yang orang pilih , gunting, lilin , getah(boleh tengok macam rupa dekat gambar) ,jarum  , pen atau pensil dan pembaris . Sorry bahan yg lain sy lupa nak ambil gambar


step kedua : Ketebalan kain . Sy guna kain satin gred bagus punya . Lebihan kain baju sy tahun lepas .



step ketiga : Sebelum buat apa-apa . Kita 'iron' kan dulu kain nak dibuat purdah


step ke 4 : ok dah licin


step ke 5


step ke 6 : tengok tak bulu-bulu tu , sy nak gunting dulu jap

step ke 7 : ok siap ! dan sekarang kita nak sukat-sukat panjang dan lebar(bahagian muka tu)


step ke 8 : lebar dekat bahagian muka tu sukat dekat muka korang . Nanti tak cukup saiz dekat muka membazir pula kain . Sukat ye jgn tak sukat . Jgn ikut saiz yg sy buat yee . dah bagi amaran ni !
dah sukat panjang dan lebar sila lipatkan dan double lipat . Jangan gunting dulu tau ! tengok step seterusnya dulu...

step ke 9 : tengok tak bahagian belakang tu , sila gunting pendek sikit dari panjang kain yg didepan tu . tengok gambar ....


dekat bawah tu tengok . jangan gunting samarata ! sy dh bagi amaran sekli lagi ni !


step ke 10 : macam ni jadi dia .



step ke 11 : step hati-hati . lilinkan ditepi kain tu . bagi dia kemas jangan sampai hangusss ,sape nak bagi dekat tepi tu baby seam (jahitan kemas mcm shawl tu boleh upah taylor utk jahit, upah ikut kepanjangan dia jahit)


step ke 12 : lepastu kena buat potongan elok sikit . jgn buat macam sy . heheh . nak cepat tu comot jadinya ...


step ke 13 : Sukatkan getah . Cuba try letak dekat belakang korang utk adjust keselesaan korang . Tak terlalu kendur . Tak terlalu ketat . Nnt skit bwh mata korg kalau ketat sangat..




step ke 14 : ready nak jahit. Letak getah dekat depan . masukkan jarum dari belakang kalau nak jahit untuk kekemasan


step ke 15 : lepas jahit . ketatkan benang supaya tak longgar . dn potong lebihan benang yang nampak.


alhamdulillah siap !


Tuesday, 12 April 2016

HIJRAH

Hijrah seorang gedik !

Bab 1

Namaku Humairah ! Aku lahir dari keluarga sederhana . Ayahku seorang perokok, kadang-kadang dia solat kadang dia tak solat . Ibuku pula seperti ayahku juga solat dia . Aku ? Tak payah cakap , sejadah dan telekung langsung aku tak hadap nak sentuh 'eww' . Ayahku kerja dia membuat rumah orang , kadang dia buat bangunan . Orang cakap kerja kontrak . Sehari dia dapat rm50 , kadang-kadang dia dapat rm70 mahal ? Tidak pada keluarga aku . Ibuku kerja seorang kerani sekolah rendah,kerja sambilan dia membuat kuih dan kek lapis . Aku ada 4 adik beradik . Aku anak yang ke-4 kira bongsu la kan ?

Yang pertama abang aku , Farhan

Yang kedua kakak aku Hazahra,

Yang ketiga manusia yang selalu buat aku bertekak Hanina .

Aku selalu bertengkar dengannya kerana dia selalu mengambil barang aku tanpa izin .

Aku jenis yang memberontak ,degil , suka melawan cakap ayah dan ibu , tak menutup aurat , suka pakai pakaian ketat . Yes aku gedik memang gedik dengan lelaki . Tapi , gedik aku tak sampai tahap aku serah diri , gadaikan maruah sendiri , tak pernah aku buat . Cuma , aku ...

Umurku 18 tahun , ya aku akan menerima keputusan SPM pada hari ini dan aku belum menutup aurat masih 'free hair' dan aku selalu buat sanggul ekor kuda sebab rambut aku panjang .

Masa ambil result . Aku memang pakai pakaian labuh sampai lutut , baju warna putih transparent dan ya nampak aku pakai baju singlet dekat dalam dan aku pakai jeans ketat dan berkasut . Style aku!

Selepas ambil result aku buat keputusan nak lepak dengan kawan lelaki aku yang dua orang ni Azlan dan Danny .

Mereka berdua ni memang rapat dengan aku .
"Humairah ! Cantik style kau , style kau pun dah berubah * budak berdua tengok aku atas bawah *

Aku ? Bangga lah orang puji macam tu . Siapa tak bangga orang semua perasan dengan perubahan aku dengan pakaian dan makeup nya (ayah dan ibu aku tak pernah tegur pakaian aku ,seriously tak pernah )

Kitorang lepak sampai petang , solat ? Memang tak ingat Tuhan aku masa ni . Kitorang lepak dekat tempat orang mandi manda , macam mostly macam sungai dan kolam macam ada air terjun macam tulah . Kitorang bila berjumpa mesti mengumpat mengata seorang budak nerd dalam kelas , masih tak berubah masa kita orang ambil result tadi . Patut engko tak gelak . Hahaha!

Ok . Masa petang tu tengah borak-borak tak sangka hujan lebat teramat-amat . Aku ambil result guna 'ego' tau tak ego mostly mcm skuter tp orang panggil ego . Ok taknak cerita pasal ego sekarang .

Masa ni aku dalam bahaya !!!

Azlan dan Danny bagi hint nak minta aku punya DARA . OK WHAT !!!??? DARA ! Masa tu aku gelabah sangat . Sebab diorang tengok pakaian aku basah lecunn . Masatu aku tak ingat apa-apa dan taktahu minta tolong sapa2 dan aku hanya berserah dengan takdir . Nak taknak aku kena beserah.
Dekat situ ada chalet , tau tak chalet . Ok . Masa tu aku dah macam orang gila kena kepung babi hutan . Actually bukan babi tapi manusia jadi babi hutan sial betul kawan macam ni . Aku sumpah jadi babi kang ! Allah , aku nangis masa ni . Masa ni baru aku ingat Allah . Apa cer weyy apa cerr . Aku takut amat masa tu dahla hujan lebat . Hari petang dah macam nak malam.. nak lagi kena kejar syaiton ! 😭 dalam hati Allah tolong aku ! Tolong aku ! Tapi nak ke Allah tolong aku !😭😭😭

Aku berserah diri pada-Mu ya Rabb , aku taknak berzina . Dalam hati aku , "aku , aku , aku akan berubah lepas ni "
Kata Humairah .

---
Aku tengah bersembunyi disebalik batu sambil tutup mulut aku dengan seluar jeans koyak sebab jatuh tadi . Suara Azlan dan Danny pun aku tak dengar lagi dah . Sebab hujan masih lagi lebat . Aku teruskan perjalanan bersama-sama air mata mengalir dipipi tak mampu aku lap lagi . Air mata asyik gugur tanpa dipinta . Aku nak solat tapi tak pandai, tak tahu , semua benda aku tak tahu sebab ayah dan ibu tak pernah ajar . Jahilnya aku😭
 Aku meneruskan perjalanan sehingga aku jumpa jalan besar. Masa ni seram apa semua aku rasa tapi satu je yang aku rasa aku bersyukur sebab Allah tolong aku walaupun sekarang ni aku rasa aku dah sesat πŸ˜“
----
Masa dekat jalan aku hanya sebut nama Allah , Allah , Allah, dan selama aku berjalan aku sebut . Sampaikan ada satu kereta Gen2 sport berhenti , jantung aku masatu macam berhenti dah . Aku binggung bencana apalagi yang bakal menimpa aku ? 😭 Allah

Masa orang tu keluar kepung aku , aku tak pandang muka dia. Aku pandang bawah je . Aku takdpt lari sebab dia tahan lengan aku daripada berjalan . Dia suruh aku pandang muka dia . Nak tak nak aku pandang muka dia dan aku tak kenal siapa dia tapi dia masuk dalam kereta balik dan aku terus lari . Tapi orang laki ji memang gila 😭 , dia kejar aku 😭 lepastu dia tarik muka aku supaya pandang dia . Ok aku kenal , dia ni budak nerd yang dalam kelas yang selalu aku umpat , hina dan tak uptodateπŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“ aku maluuuuπŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“

AllahπŸ˜­πŸ˜­πŸ˜“πŸ˜“
Masatu , dia bawa aku pergi naik kereta dia .
Dia cakap " saya takkan apa-apakan awak , wallahi saya bersumpah dengan nama Allah so please masuk kereta saya " Fatih Faruqi nama budak nerd tu

----
Masa dalam kereta , dia bagi aku pakai kain pelikat dia buat skirt labuh , dan dia suruh aku pakai sweater mahal jenama adidas πŸ˜“ aku tolak sebab pakaian dia mahal , aku takut calar sweater dia tu . Masatu betul-betul dia paksa aku pakai kain pelikat buat skirt labuh dan sweater hoodie adidas dia ikat buat mcm tudung dekat kepala aku secara tak langsung aku mcm tutup aurat . Masa ni hati aku sayuuu sangat ...


bersambung... komen digalakkan .

Thursday, 6 November 2014

Nasihat Profile Picture !||

Suami : sayang buat apa tu ? *memandang kearah isterinya*
isteri : tengah nak tukar profile pic kat fb ni bang *senyum ke arah suami lalu memandang laptop kembali*

suami : sayang nak guna gambar yang mana ? Tak guna gambar kartun lg ke yang ? *mengeleng kepala lalu menghampiri isterinya*
isteri : sayang nak guna gambar masa kita lepas akad nikah dulu bang , cantik sangat dan nampak bahagia sebab tu sayang nak tukar ni . Gambar kartun tu kalau letak mesti orang tak tahu kita dah kawen , pasangan suami isteri . Kan bang ?
Suami : sayang ,kalau sayang letak gambar tu boleh buat sayang jadi riak dan ujub tau . Sebab ramai yang akan puji sayang tu sayang mcm ni . Nak ke jadi riak ? *si suami menyoal isterinya*
isteri: tak nak ? *sambil mengeleng kepala*
suami : mengusapkan ubun2 isterinya lantas tersenyum melihat wajah cemberut isterinya .

Jodoh Cik Jawatan Kosong 2



Abrisam cerita dekat aku pasal lepas dia balik dari surau aka masjid kampung sileng melayu . Dia terjumpa ular warna coklat , lepastu habis dia bantai pakai kayu yang kat belakang rumah atok aku tu . Haa ,tulah pasal aku nak cari sifat berani dalam list JAWATAN KOSONG tuuu hari tuuu .
Nasib baik dia tak kena gigit ,kalau tak habis kantoi al maklum aku cepat terlajak sebut nama penuh orang masa marah,sedih, dan masa tengah terautomatik nervous !! *perangai gilaa lah sangattt*
okey ! masa waktu pagi tu aku mesej Abrisam awal-awal supaya jangan keluar bilik . Nak tahu sebab apa ,aku nak bersihkan diri dan malas nak pakai stoking tapi aku tutup aurat laa . Dan dia dengar cakap , nasib badan aku dapat pelakon yang tak banyak songeh kan . Lepas tu aku pun masak nasi goreng dan masak sambal goreng dan ditemani air milo panass . air horlick ? aku buat tapi tak minum . PELIK ? sebab aku fobia horlicks.. ada sejarahnya ok !
Pada waktu pagi itu , ibuku memanggil Abrisam untuk ajak dia makan . Ayahku jenis yang tak banyak cakap . Tapi bila dia bercakap marak kot api kat telinga aku . Tapi aku ni pura-pura dengar dan tak layan . faham !
Masa makan dan habis makan dia luangkan masa dengan ibuku yang tu bukan aku yang plan . Ayah aku macam biasa dengan perniagaan dia 'tauke ikan' dan aku intai dia dengan ibuku dan adikku dua orang bongsu tu macam biasa layann tv awal pagi sampai dah nak masuk zohor baru berhenti selalunya aku join budak dua orang tu tapi aku tak suka sebab ada orang luar ada laa .. Ibu aku dah macam polis soal suspek dan suspek yang disoal itu adalah ABRISAM ! .
HARI KE-5
nampak perubahan jugak aku tengok ayah pergi surau awal pagi dengan Abrisam . Memandangkan Abrisam tahu tugasnya aku dengan senang lenang tak payah mesej dia nak arah buat itu ini sebab aku rasa itu memang dia yang sebenar sebab tu aku tak payah arahkan itu dan ini dan adik aku dua orang tu dah ikut dia solat berjemaah tetapi sekarang Abrisam tak solat kat surau tapi kat rumah .
Aku dengar dia ajar adik aku tu ,harap ayah aku join jugak sebab ayah aku tu malu nak belajar ,ayah aku tu muallaf ok !
Seminggu kemudian ...
nak tahu tak ? banyak perubahan aku tengok pada adik aku dua orang tu . Adik aku yang kedua bongsu nama Fajr tu tak selalu dah tinggikan suara kat ayah aku dan adik bongsu aku tu tak payah cakap banyak benar soalan dia tanya kat Abrisam . Ingat lagi aku masa dia umur 9 tahun banyak betul soalan dia tanya kat aku dan jawapan aku adalah sama juga dan tetap sama : wallahu'alam , dah besar nanti kau tahulah atau tunggu akak belajar dahulu . Insya Allah ,akak jawab soalan adik nanti . tolong ingatkan akak la kalau nak tahu jawapan .
leka aku membaca novel tetiba lagu mesej *maher zain-The Chosen One*
melolong minta dibaca ..
nama penghantar : M.Abrisam B. Hussin
"Assalamualaikum ,sy nak kena balik kat Sibu kejap , nak jenguk family dan nak ambil kereta sy " kalau awak tak benarkan sy tetap pergi . Sekian .
satu benda aku nak cakap cara mesej sama #‎deep
aku balas
" waalaikumusalam , ok . hati2 balik tu , hope tahu jalan balik dan cepat selamat datg dan cepat pulang *smile* pasal ibu takyah risau sy managekan plan awak cuma cakap je kenapa awak nak balik *insya Allah,niat baik Allah tolong*
:::ESOK HARI ,HARI ABRISAM PULANG KEJAPP ::
"mak ney orang laki ya ?" tanyaku pada ibu
"nya madah ada hal lepas ya nya bayar sewa rumah dengan mak " balas ibuku
"dah ya kitak ambik ka mak ? ,berapa nya bayar ? " soal ku pada ibu
"sikda mak ambik , lagik pun nya ya ... sik pandey mak nak madah" jawab ibuku .
"kenak dengannya mak ?" tanyaku pada ibu lagi
"sikda apa-apa bah" jawab ibuku
Aku rasa nak takut sebab apa ? takut kantoi !!

Jodoh Cik Jawatan Kosong 1



Jawatan Kosong !
Lelaki berumur 19-29 tahun . *warganegara Malaysia*
Kelulusan : Petah berbicara soal agama ISLAM, tahu hadis,usul fiqh dan fikah ,tahu ilmu tasawufkisah nabi dan para sahabat *PALING PENTING PASTI PANDAI BACA AL-QURAN DAN PANDAI BERSOLAT & BUAT SOLAT HAJAT*
Sifat: Jujur,ikhlas*diri anda yang menilai*, penyayang,bertanggungjawab,berani,tak takut binatang,tak fobia dengan darah ,tidak suka melawak lebih-lebih.
Gaji sebulan : Rm400.00 *Insya Allah,klu rajin tambah lebih *
Tugas : berlakon *selebihnya bakal diberitahu* ! PM ana segera k !!
First come first serve ! ~by the way : wajah kena kacak sikit !! * -;-'
"amboiii engkau ! bukan main lagi berani buat offer kat facebook,blog,whatapps,wechat . iklan pelakon bagaii !!" , marah Dhia pada Aufa rakan sebiliknya .
"ehh,kau rupanya Dhia . Kau tak pergi jumpa ustazah Hanidah ke ? tadi cakap nak jumpa ustazah sebab nak balik jumaat ni kat lundu ." ujar Aufa kepada Dhia
"ustazah Hanidah pergi kat pasar ,beli barang mungkin . Hurmm, Aufa jangan nak tukar topik . aku nak tanya kenapa engkau buat offer macam tu ? dah macam nak cari calon suami dah aku tengok . jawab Dhia pada Aufa .
"sebenarnya macam ni , aku nak cari orang ciri-ciri macam ni sebab aku nak dia jadikan dia sebagai guru kepda ayah aku tapi pada masa yang sama dia kena berlakon dan tak kenal aku lepas tu dia kena ajar ayah aku ,adik-adik lelaki aku sampai mereka semua dah tahu menahu pasal agama islam sebenar , dan tak tinggal solat . Lagi satu first time dia datang dia kena cakap dia tak ada tempat nak tinggal al maklum tak tahu sangat tempat ni ,tak biasa dan dia ada urusan kerja dan perlu buat survey kat Lundu ni selama 5 bulan kalau terpaksa lagi dia perlu tambah hari untuk selesaikan tugas survey dia sedangkan dia perlu tambah hari kalau adik-adik dan ayah aku tak biasa dan tak nak ikut cara dia " jawab Aufa panjang lebar .
"kes kau ni berat kalau ayah kau tahu rahsia ni " balas Dhia .
"yang tu ,kau tak payah risau sebab risiko semua tu akan pasti aku akan terima kaw-kaw tanpa melibatkan hamba Allah yang baik hati tu " balas Aufa .
"lagi apa plan kau ?" soal Dhia pada Aufa .
"buat masa sekarang ,aku kena cari la orang yang layak lagipun kita dah nak habis exam kat Madrasah Al Quran Bintulu ni kan so dapatlah kita minta kebenaran kat ustazah Hanidah supaya aku dan kau cepat-cepat balik jumpa mak ayah kita dan lagi satu aku cari wajah lelaki tu mesti ada aura kekacakan tu sebab tak adalah adik aku yang dua orang mulut laser tu kecilkan hati dia , lebih-lebih lagi adik bongsu aku tu kalau aku tak bagi upah masak makanan kegemaran dia jangan harap dia nak dengar cakap aku harap je badan kurus tapi kuat makan" omel si Aufa .
"amboii mengutuk adik sendiri habis kau tu bukan kakak borek adik rintik ke ? " perli Dhia
***beberapa bulan kemudian***
nak cerita ni , masa aku dengan Dhia dekat airport jumpa lelaki yang bernama Muhammad Abrisam Bin Hussin . Nak tahu dia ternampak offer aku tu masa aku tengah layan laptop kat airport sebab aku dengan Dhia datang awal dekat airport awal 3 jam al maklumlah excited nak jumpa mak ayah lagipun kat airport ada surau , ting ! tak nak tinggal solat dan takkan .
____DIA MUHAMMAD ADRISAM BIN HUSSIN MEMANG BERMINAT DENGAN OFFER AKU DAN DIA TAK KISAH DENGAN GANJARAN KECIL YANG BAKAL DIA TERIMA::: ALHAMDULILLAH YA ALLAH ! SEMOGA NIAT BAIKKU DITERIMA DAN BAKAL BERJALAN DENGAN LANCAR___
hari pertama aku balik , Abrisam aku panggil dia 'abang' sorry tolong tepi sikit !! muntah sekilo aku panggil dia abang , seperti yang dirancang dia solat isyak dekat Masjid Kampung Sileng Melayu , aku ? terus balik laa ..
siapa hantar ? bapak Dhia yang sporting lerr .. Dhia cakap semoga berjaya . Aku macam biasa pulang rumah terus muntah sebab aku ni alah kenderaan .
tiba-tiba lepas aku beri salam baru nak ucap istighfar ada orang ketuk pintu , .. alammakk adakah dia ?
aku dengar dia berborak dengan ibu , macam biasa ibuku yang baik akan soal siasat banyak-banyak dan dia bagi Abrisam tinggal kat rumah aku kat bilik tetamu didepan tu . Alhamdulillah rancang aku berjaya ! syukur ya Allah ! aku sujud syukur lalu aku hantar mesej kepada Abrisam untuk plan yang seterusnya...
tett tett Aufa : "Assalamualaikum , masa solat esok awak pergi surau lepastu kalau jumpa ayah time pagi cakap kat dia awak nak pergi surau then offer dia pergi sekali, harap tidur dengan selesa" sekian .
tetttt Abrisam : "Waalaikumusalam ww , ok . kita sama-sama doa , Alhamdulillah saya selesa "
Ya Allah ! tabahkan hati hamba dalam membantu hamba Mu . Ingatlah pesan nabi MUHAMMAD SAW bimbinglah orang yang lemah disekelilingmu .
 *sebarang kekurangan dan kesilapan sila beri teguran*

Muslimah stalker a.k.a crush Encik kau Imamku


Kawan : wehh ! kau tak jealous ke kat XX tu , aku tengok budak lelaki yang kau crush tu macam ambik peduli kat dia sedangkan kau yang suruh XX tu jadi orang tengah kau !?
Aku : Takpa ,sekarang ni aku tak kisah dah dengan lelaki tu a.k.a yang aku anggap IMAMKU dulu sebab aku malas nak fikir urusan jodoh-jodoh ni . Tapi lebih baik aku fikir macam mana nak istiqamahkan diri dalam beribadat sebab aku hanya perlukan Allah dan Rasulullah dalam hidupkan ,the others family aku ,thats all kawan *senyum*
Kawan : baguslah kalau macam tu , taklah aku penat-penat tengok kau menahan rasa cinta kat dia dan yang penting aku harap kau tak stalker fb dia *senyum*
Aku : Insya Allah ,takkan kawan . However , I will and always with my istikharah .
p/s : jangan pernah berharap dan mengharap
SEKADAR CERITA **

Friday, 22 August 2014

Apabila hati berbicara Doa pun mula terungkap

Jika aku memandang mu
Janganlah salah faham terhadapku
Aku memandang kerana Aku berasa hairan dan aneh terhadap sikap mu

Jika aku menyayangi mu
bukan erti aku cinta kepada mu tapi aku hanya ingin memahami erti cinta Allah kepada ku

Jika Aku membenci mu
bukan bererti aku membenci tiada alasannya
tetapi aku membencimu kerana Allah
disebabkan sikapmu
Aku terpaksa membenci tanpa ada peratusnya

Jika aku menjauhkan diri
bukan bererti aku lebih baik berbanding mu
tetapi aku tidak mahu engkau mengikut jejak langkah ku

kadang-kadang aku takut
takut kepada manusia disekeliling ku
yang selalu melanggar perintah Allah yang ESA dan sehingga aku juga takut aku turut jua jejak langkah mereka

sekali lagi aku takut apabila malaikat IZRAIL mencabut nyawaku dengan kejamnya dek kerana sikap ku yang selalu melanggar perintah Allah SWT

ketika hatiku terasa pilu
ingin sahaja aku ingin mencari maut tetapi dek kerana aku terlalu mencintai Allah kasihnya aku pada Rasulullah SAW maka telah ku tanam,aku kuburkanaku lemparkan niatkku ditepi lautan yang luas yang besar ombaknya agar tidak bisa aku temui lagi niat bodoh ku itu

terasa hendak menangis dek kerana menerima ujian daripada Yang Esa tetapi ratusan kali aku berfikir,
Allah baru sahaja menjentik aku tapi aku sudah mulai goyah.
Aku teringat mengenai ayat ini yang berbunyi 'tidak manis IMAN seseorang sebelum dia aku uji'
*wallahu'alam*